Harian Metro

Dua remaja dakwa diabai keluarga

-

Dua remaja lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes curi di kedai dobi layan diri di Kampung Melayu Majidee di sini, mendakwa mereka mangsa pengabaian keluarga sejak beberapa bulan lalu.

Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Zaid Ikhwan Lim berkata, remaja berkenaan yang berusia 13 tahun mendakwa tiada tempat bergantung.

“Kedua-duanya mendakwa mereka adalah sepupu namun kami yakin ada maklumat diberikan agak meragukan, ada kemungkina­n ia rekaan. Mereka juga tidak memberi maklumat lengkap berkaitan keluarga,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ibu bapa atau waris dua remaja itu diminta menghubung­i JKM di talian 07-2232606. Selepas hampir setahun diburu lelaki disyaki kerap memecah masuk Pasar Awam Merlimau, di sini, mencuri barangan jualan seperti ikan, sayur-sayuran dan barangan runcit dalam gerai milik peniaga akhirnya dicekup polis 12 Julai lalu.

Lelaki berkenaan yang juga penganggur mengambil peluang suasana lengang di pasar berkenaan pada cuti musim perayaan atau hujung minggu sebelum memecah masuk untuk mencuri.

Supek berusia 36 tahun itu dipercayai mula aktif dalam aktiviti itu sejak awal tahun ini dan dia menjual semula barangan milik peniaga dicuri bagi mendapatka­n wang mudah.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superinten­dan Arshad Abu berkata, peniaga pasar berkenaan bersepakat mengambil langkah pencegahan termasuk berjaga di dalam gerai yang membuahkan hasil apabila mereka akhirnya mengenal pasti identiti suspek terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia