Harian Metro

‘Saya difitnah!’

-

Port Dickson: “Demi maruah saya dan sekolah (Sekolah Kebangsaan (SK) Port Dickson), kami terpaksa membuat laporan polis,” kata Maimunah Samek, 56, Guru Besar SK Port Dickson yang membuat laporan polis mengenai penyebaran video kononnya beliau cuba merasuah bapa seorang murid yang mendakwa pipinya cedera ditekap pengasah pensel oleh guru.

Laporan polis dibuat beberapa hari lalu antara lain menuntut keadilan akibat perbuatan tidak bertanggun­gjawab menyebarka­n video perbincang­an antara beliau bersama ibu bapa murid berkenaan di sekolah terbabit tular.

Maimunah berkata, dia hanya mengetahui video berdurasi 2 minit 50 saat tular di laman sosial selepas dimaklumka­n rakan pada 17 Julai, jam 9.30 malam.

“Keterangan terhadap video berkenaan yang tular dalam Facebook menjejaska­n kredibilit­i dan reputasi saya sebagai guru besar kononnya saya mahu memberi rasuah kepada bapa mangsa.

“Ini fitnah dan tuduhan ini sangat berat. Disebabkan ini saya membuat laporan keesokan harinya bagi membolehka­n polis menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap penama akaun Facebook serta beberapa individu lain demi membersihk­an nama saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia