Harian Metro

SPRM siasat pembelian satu lagi hotel FIC di Kuching

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pembelian sebuah lagi hotel oleh Felda Investment Corporatio­n (FIC) di Kuching, Sarawak.

Sumber berkata, hotel bertaraf empat bintang itu dipercayai dibeli FIC pada harga yang jauh lebih tinggi daripada harga asal.

Menurutnya, siasatan berhubung pembelian hotel itu dibuat susulan siasatan SPRM berkaitan pembelian hotel oleh FIC di London antara 2013 dan 2015.

Peranan ibu bapa bukan saja memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak, malah perlu menerapkan jiwa mereka dengan perasaan ihsan terhadap orang lain.

Pengerusi Pesta Kanak-Kanak Islam Malaysia (MICF) Dayang Lily Maznah Abang Muas berkata, jiwa kanak-kanak perlu diisi dengan nilai kasih sayang yang tinggi sejak kecil bagi membentuk jati diri yang cintakan keamanan apabila dewasa kelak.

Menurutnya, antara usaha yang boleh dilakukan ibu bapa untuk memupuk kesedaran itu adalah dengan memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai program kemanusiaa­n sejagat.

“Beritahu mereka, betapa bersyukurn­ya dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana penuh kasih sayang berbanding rakan sebaya yang berada di Syria, Mesir, Rohingya dan sebagainya yang mana hidup terpisah daripada ibu bapa, ahli keluarga selain daif serta dizalimi.

“Anak-anak kita perlu diberi pendedahan mengenai nasib umat Islam lain yang mengalami peperangan dan hidup dalam serba kekurangan supaya perasaan kasih sayang dan ihsan sesama

Katanya, maklumat awal yang diterima oleh pasukan penyiasat menunjukka­n pembelian hotel itu mengakibat­kan kerugian ratusan jutaan ringgit kepada FIC.

“Pasukan penyiasat kini menilai maklumat yang diterima dan dijangka pergi ke pejabat FIC di beberapa lokasi untuk mendapatka­n dokumen dan maklumat berkaitan pembelian hotel itu dalam masa terdekat,” katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya memulakan proses mengumpul maklumat berhubung pembelian hotel berkenaan.

Beliau berkata, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian.

Pada 22 Julai lalu, dua pengurusan kanan syarikat berasingan direman enam hari bagi membantu siasatan kes pembelian hotel empat bintang di Kensington, London oleh FIC.

Perintah reman ke atas ketua unit harta sebuah syarikat perkhidmat­an pos berusia 36 tahun dan pengarah sebuah syarikat perundinga­n aset berusia 45 tahun itu dikeluarka­n Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman.

Dua individu itu ditahan di ibu pejabat SPRM sehari selepas hadir memberi keterangan berhubung pembelian hartanah itu pada harga RM330 juta antara 2013 dan 2015.

Mereka disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga bagi pembelian hotel berkenaan menerusi urusan disyaki mengandung­i unsur manipulasi harga sehingga FIC terpaksa membayar lebih puluhan juta ringgit.

 MICF anjur projek kebajikan #Teddy4Hugs

 ??  ?? SIMI
SIMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia