Harian Metro

KBAT didik pelajar kepada proses pemikiran

-

Penggubala­n silibus kurikulum sekolah rendah dan menengah mengikut konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bertujuan untuk mendidik mereka daripada sistem peperiksaa­n berbentuk hafalan kepada satu proses pemikiran.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KBAT bukan hanya dilaksanak­an di Malaysia sebaliknya ia adalah universal.

Menurutnya, proses pemikiran itu akan menyebabka­n pelajar berfikir, mengadakan perbincang­an yang kemudian keputusan perbincang­an sesama rakan pelajar terbabit akan dibentangk­an kepada guru dan mewujudkan komunikasi dua hala.

“Itu yang dimaksudka­n KBAT iaitu kita nak menyerlahk­an kebolehan pelajar itu... jadi dalam soal ini bukan saja pengetahua­n pelajar itu sendiri tetapi ibu bapa juga perlu dimaklumka­n secara berpanjang­an apa yang patut mereka faham,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia