Harian Metro

3 hari ‘tanam’ ideologi Daish

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

 Pengganas guna media sosial tular pengaruh, mula rekrut golongan muda di Asia Tenggara

Proses indoktrina­si ideologi kumpulan radikal Daish dalam menarik golongan muda menyertai perjuangan mereka boleh berlaku dalam masa tiga hari saja.

Perkara itu didedahkan Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Wan Fariza Alyati Wan Zakaria.

Menurut Wan Fariza, Daish menggunaka­n medium media sosial untuk menyebarka­n ideologi dan ia antara kelebihan utama dalam menarik sokongan golongan muda.

“Mereka memuat naik video jihad yang bukan saja mudah difahami malah turut menggunaka­n teknik khas yang mengujakan.

“Golongan muda termasuk wanita yang tertarik untuk menonton akan mula berasa simpati sebelum rasa ingin menyokong dan kemudian menyertai kumpulan pengganas itu timbul demi untuk berjihad.

“Proses indoktrina­si ini tidak memerlukan masa yang panjang kerana tiga hari saja sudah mencukupi untuk mempengaru­hi golongan muda supaya menyokong ideologi dan perjuangan kumpulan pengganas Daish,” katanya pada sesi Wacana Tun Fatimah Hashim, Daish, Jihad dan Wanita: Sensasi Manipulasi atas Nama Agama anjuran Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH), UKM, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif Yayasan Pondok Malaysia Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Mengulas lanjut mengenai indoktrina­si, Wan Fariza berkata, kerajaan perlu segera menyekat akses video berkaitan kumpulan pengganas itu di laman sosial kerana ia boleh menyebabka­n pengaruh Daish lebih berleluasa.

Selain itu, Wan Fariza turut menyaranka­n Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera menyekat akses kepada beberapa bahan media terbitan Daish seperti majalah dalam talian, Dabiq serta Rumiyah bagi memastikan golongan muda dan wanita tidak terpedaya dengan ideologi mereka.

“Kerajaan perlu segera menyekat semua bahan berkenaan kerana selepas kejatuhan Daish di beberapa kawasan baru-baru ini, mereka mula memberi tumpuan kepada Asia Tenggara,” katanya.

Menurutnya, Malaysia perlu lebih berwaspada kerana kumpulan pengganas itu juga sudah mengubah strategi perjuangan mereka terutama membabitka­n pembabitan golongan wanita.

Katanya, sebelum ini golongan wanita hanya berfungsi sebagai penyokong perjuangan kumpulan itu saja tetapi kini turut dijadikan alat untuk merealisas­ikan strategi mereka.

“Terkini Daish di Indonesia contohnya mahu wanita beroperasi di peringkat lebih tinggi termasuk mahukan mereka menjadi pengebom berani mati.

“Ia terbukti apabila dua wanita, Dian Yulia Novia ditahan di Jakarta pada 10 Disember tahun lalu dan Ika Puspitasar­i ditahan di Bali beberapa hari kemudian kerana dikatakan mahu menjadi wanita pengebom berani mati pertama di negara itu,” katanya.

 ??  ?? WAN Fariza
WAN Fariza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia