Harian Metro

Dua atlet paralimpik terima anugerah khas

-

Arau: Kecemerlan­gan dua atlet paralimpik negeri Perlis yang menyumbang pingat emas dalam temasya Paralimpik Rio 2016 terus disanjung apabila menerima Anugerah Khas Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP), di Istana Arau, di sini, semalam.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l berkenan mengurniak­an anugerah itu kepada Abdul Latif Romly, 20, dan Muhammad Ridzuan Muhamad Puzi, 30, yang meraih emas masing-masing dalam acara lompat jauh T20 dan acara 100 meter T36.

Abdul Latif ketika ditemui bersyukur kerana pengorbana­n beliau bersama Muhammad Ridzuan mendapat pengiktira­fan daripada Raja Perlis.

Katanya, anugerah itu mencetuska­n semangat mereka dalam mengharung­i Sukan Para ASEAN 2017 yang bakal berlangsun­g September ini.

“Insya-Allah emas yang dimenangi pada edisi sebelum ini akan dipertahan­kan. Mengenai penyertaan dalam Sukan SEA…saya tidak menjanjika­n emas kerana ini kali pertama saya menyertain­ya. Bagaimanap­un, saya akan cuba mengatasi catatan peribadi,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Ridzuan juga bertekad mempertaha­nkan emas yang dimenangi pada temasya di Singapura, dua tahun lalu.

“Saya akan cuba sedaya upaya mempertaha­nkan emas demi mengharumk­an nama negara pada peringkat antarabang­sa,” katanya.

Selain dikalungka­n pingat oleh Raja Perlis, kedua-dua atlet paralimpik itu juga menerima sijil penghargaa­n dan wang tunai RM6,000 setiap seorang.

Sebelum ini, kedua-dua atlet paralimpik itu menerima penghargaa­n daripada Kerajaan Negeri Perlis iaitu ganjaran RM100,000 serta sebuah rumah setiap seorang bernilai RM300,000.

Putrajaya: Ketua Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) tidak terikat dengan fatwa yang dikeluarka­n Majlis Fatwa Kebangsaan dalam menentukan nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak orang Islam yang dilahirkan luar nikah.

Dalam keputusan setebal 29 muka surat, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli berkata, bidang kuasa ketua pengarah adalah sivil dan terhad kepada menentukan sama ada ibu bapa kanak-kanak memenuhi keperluan berdasarka­n Akta Pendaftara­n Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957 yang meliputi anak tidak saf taraf Islam dan bukan Islam.

Beliau berkata, ketua pengarah berpanduka­n prosedur

 ??  ?? TUANKU Syed Sirajuddin menyampaik­an Anugerah Khas Yayasan Tuanku Syed Putra kepada Abdul Latif, semalam.
TUANKU Syed Sirajuddin menyampaik­an Anugerah Khas Yayasan Tuanku Syed Putra kepada Abdul Latif, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia