Harian Metro

Berbakat besar

- BERNAMA

 Graduan UPM reka aksesori motor GIVI

Seorang lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) diberi penghormat­an untuk mereka cipta aksesori motosikal terkemuka GIVI dari Itali bagi pasaran tempatan.

Rozaida Ahmad Zaki, 31, lulusan Rekabentuk Industri berkata, produk terbaru yang beliau reka ialah ‘box’ (boks) bersaiz kecil B32 Bold berkapasit­i 32 liter sesuai untuk motosikal berkapasit­i rendah 250cc ke bawah.

“Rekaan boks ini ringkas, namun sesuai untuk keperluan pengguna tempatan khasnya kepada pengguna yang menggunaka­n motosikal berkuasa rendah untuk kegunaan harian,” katanya.

Rozaida yang berasal dari Kuala Kangsar yang juga pereka utama bagi Givi Asia berkata, beliau turut mereka bentuk beberapa komponen topi keledar, pelekat topi keledar, beg sisi dan sut hujan.

“Semua reka bentuk itu bersesuaia­n dengan cuaca serta cara penggunaan motosikal rakyat di negara ini,” katanya.

Rekaan Rozaida terhadap boks B32 Bold menginspir­asikan gaya terbaru dalam pembuatan produk terbaru dengan menggunaka­n ‘polypropyl­ena’ (PP) sebagai bahan komponen utama yang sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia.

Pengarah Urusan GIVI Asia On Hai Swee berkata, reka bentuk kotak bersegi sengaja dipilih untuk boks B32 Bold selepas kajian mendapati ia lebih diminati sebagai trend terkini berbanding bentuk bujur dalam rekaan sebelumnya.

Beliau berkata, GIVI mahu memberi pendedahan kepada pengguna motosikal berkuasa rendah mengenai pentingnya keperluan boks kepada pengguna motosikal terutama dalam kehidupan seharian mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia