Harian Metro

KP JPN tidak terikat fatwa

-

menurut BDRA dan tugasnya meluluskan permohonan pendaftara­n sekiranya semua keperluan mengikut akta itu dipenuhi.

Katanya, BDRA tidak mencermink­an penggunaan sebarang prinsip substantif undang-undang Islam dalam proses pendaftara­n dan menambah Seksyen 13A (2) akta itu membenarka­n anak tidak sah taraf dibin/bintikan kepada nama individu yang mengakui dirinya ayah kepada anak itu.

Abdul Rahman berkata, Ketua Pengarah Pendaftara­n Negara bertindak secara tidak rasional apabila enggan mengubah nama bapa daripada ‘Abdullah’ kepada nama bapa anak itu dalam sijil kelahiran atas dasar fatwa yang dikeluarka­n Majlis Fatwa Kebangsaan, seseorang anak tidak boleh berbin/bintikan nama bapa jika ia anak tidak sah taraf.

“Fatwa, kami ulangi, bukan undang-undang dan tidak mempunyai kuasa undang-undang serta tidak boleh dijadikan asas undang-undang bagi Ketua Pengarah Pendaftara­n Negara untuk memutuskan nama bapa anak tidak sah taraf menurut Seksyen 13A (2) BDRA,” katanya. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia