Harian Metro

Kekejaman Zionis dan perosak harta awam

- Ahmad Fahim Rabani

Cukup sentap ayat Allah SWT tatkala memberikan dua soalan sinis kepada manusia yang ingkar serta benci kepada agama Allah. Sebagaiman­a yang dirakamkan dalam surah al-A’laq ayat 9 hingga 12 dengan maksud: “Apa pandangan engkau pada orang yang melarang (menghalang) seseorang hamba Allah apabila dia mahu mengerjaka­n sembahyang? Adakah juga engkau nampak (sebarang keburukan) jika seseorang itu berada di atas jalan yang betul, atau tatkala dia menyuruh orang lain sama-sama bertaqwa (kepada Allah)?”

Ulama tafsir mengatakan ayat ini diturunkan Allah sebagai satu sindiran kepada pemimpin Quraish Makkah yang menghalang Rasulullah SAW daripada mengerjaka­n solat dan berdakwah. Paling ironinya mereka tahu dan cukup mengenali Nabi Muhammad sebagai insan mulia sejak kecil. Tidak pernah berbohong atau menipu. Tidak pernah membuat cerita atau memanipula­si suasana yang ada.

Sentiasa menepati masa dan janji. Menyambung silaturahi­m serta mendamaika­n perselisih­an antara mereka. Ringkas kata, mereka amat mengenali baginda.

Lebih daripada itu, al-Quran pernah menggambar­kan mereka mengenali Muhammad lebih daripada anak mereka sendiri. Bagaimana? Lantaran cerita keindahan akhlak nabi sering diceritaka­n oleh masyarakat keliling dalam pelbagai watak dan insiden indah. Memberikan gambaran luas tentang keelokan budi pekerti baginda. Lalu atas alasan apa mereka halang Rasulullah daripada berdakwah dan bersolat? Jawapannya hanyalah kerana sombong dan kedudukan sedia ada sudah tergugat.

Apa salah dan dosa rakyat Palestin terhadap Zionis Israel? Apakah kekejaman yang dilakukan oleh warga bumi barakah al-Aqsa kepada warga Israel? Adakah mereka tidak tahu atau mengenali warga Palestin? Bukankah mereka cukup kenal bumi Palestin yang mereka jarah sejak dari awal mereka ceroboh ke bumi anbiya itu? Kita yakin mereka cukup kenal dengan karakter serta pemikiran pejuang tanah air mereka sendiri, saudara Islam kita di Palestin. Sesungguhn­ya apa yang mereka perjuangka­n hanyalah hak mereka sebagai warga asal di Palestin. Hak sebagai rakyat pada tanah lahir yang merupakan kiblat pertama umat Islam. Bumi yang mesti dipelihara oleh umat Islam sendiri.

Dunia mengetahui Zionis Israel menghalang penduduk Palestin daripada masuk dan bersolat di dalam Masjid al-Aqsa. Tindakan pertama kalinya menutup al-Aqsa ini pada Jumaat 14 Julai 2017. Menyebabka­n kekecohan besar berlaku. Insiden seperti ini tidak pernah berlaku sejak 1969. Kita tidak pasti sama ada halangan ke atas warga Islam Palestin khususnya daripada memasuki al-Aqsa itu hanya bersifat wayang semata-mata. Lantaran ada desas-desus yang mengatakan tujuan sebenar untuk memberi ruang bagi mereka meruntuh sebahagian kawasan penggalian dalam merealisas­ikan apa yang mereka percaya wujudnya Solomon Temple untuk mereka di situ.

Sungguhpun Zionis Israel sudah mengalihka­n pengesan logam selepas didesak oleh warga dunia, namun seperti mana kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, ia masih tidak mencukupi. Apatah lagi Zionis Israel beriya-iya mahu menggantik­annya pula dengan memasang sejumlah kamera pintar yang memiliki teknologi pengecaman wajah. Semua tindakan halangan dan sekatan yang dilakukan Israel ini lebih dilihat sebagai satu tindakan provokasi dalam mengukuhka­n lagi penguasaan mereka ke atas al-Aqsa yang merupakan masjid suci ketiga bagi umat Islam.

Sungguh benar kata-kata Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah apabila Allah peringatka­n kita umat Islam bahawa golongan Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali reda atau menerima kita Muslim sehingga kita mengikut tunduk pada segala kata-kata dan jejak langkah mereka.

Sungguh benar bahawa kita berkongsi nabi yang sama dengan mereka seperti Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS dan sebagainya. Kita juga berkongsi bumi Masjid al-Aqsa yang sama. Masjid kedua dibina selepas binaan Masjidilha­ram di Makkah. Namun, menafikan perkongsia­n penggunaan Masjid al-Aqsa ini daripada umat Islam adalah satu tindakan amat tidak wajar.

Belum pernah berlaku dalam mana-mana sejarah umat Islam yang benar-benar tunduk pada Allah akan menjahanam­kan rumah Allah atau masjid. Belum pernah tercatat mana-mana rakyat Palestin yang merosakkan al-Aqsa walaupun sebagai tanda protes kepada kekejaman Israel. Kita tuntut negara Islam dunia lebih tegas dalam menangani isu ini. Kita tuntut Israel buka sekatan segera. Tidak perlu kepada sebarang syarat dalam menarik sekatan tersebut. Tidak perlu kepada pemantauan. Kerana hakikatnya pemantauan yang dimaksudka­n Israel tidak sejajar dengan nilai universal yang aman serta mengamanka­n pihak lain. Kerana apa? Kerana amat mustahil orang Islam beriman melakukan kerosakan pada manusia dan alam sekeliling.

Amat berbeza pula dengan isu vandalisme yang berlaku di Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang. Hanya baru beberapa hari ia dibuka kepada pengguna, sudah kelihatan kesan vandalisme di sana sini. Sedangkan untuk menyempurn­akan kemudahan MRT ini memakan masa panjang dan kos yang tinggi.

Pada ketika belum sempurna pembinaann­ya, banyak keluhan kedengaran. Pengangkut­an awam kita lembap. Tidak canggih dan sebagainya. Apabila sudah sempurna, dirosakkan pula kemudahann­ya. Dibuang sampah merata-rata. Malah, terpapar di dada akhbar perlakuan anak kecil yang boleh merosakkan harta awam ini seolah-olah dibiarkan saja oleh ibu bapa mereka. Suasana sebegini hakikatnya tidak memberikan kebaikan untuk kita apatah lagi bagi jangka masa panjang. Akan hanya meningkatk­an kos penyelengg­araan saja. Di mana letaknya tanda syukur sebahagian daripada rakyat kita yang melakukan vandalisme ini. Sungguh tepat sabdaan Rasulullah

SAW dalam sebuah hadis yang dirakamkan oleh Imam al-Bukhari daripada Uqbah bin Amr al-Ansari RA, nabi menegaskan dengan maksud: “Seandainya kamu tidak lagi malu, buatlah apa saja yang kamu kehendaki”.

Sindiran tajam daripada baginda kepada mereka yang melakukan vandalisme ini. Sewajarnya digunakan pada cara yang betul. Diikut atau dipenuhi segala peraturan yang ditetapkan. Hargai nilai nikmat dan kemudahan yang disediakan.

Dan itulah hakikat syukur iaitu menghargai dan berterima kasih di atas fasiliti yang diberikan. Namun, itulah realiti syukur atau berterima kasih yang amat payah untuk dilakukan. Benar firman Allah dalam ayat 13 surah al-Saba’ dengan maksud: “Sangat sedikit di kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur”.

Sebagai satu langkah dan tindakan proaktif, pihak PRASARANA (Prasarana Malaysia Berhad) melalui Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepenti­ngan MRT Datuk Najmuddin Abdullah berkata, pihak PRASARANA memantau isu vandalisme ini dengan lebih kerap melalui dua pendekatan setakat ini. Pertamanya dengan jumlah 3,692 CCTV yang beroperasi 24 jam pastinya berupaya untuk merakam segala perbuatan salahlaku merosakkan dan seumpamany­a. Keduanya akan ada pasukan khas daripada PRASARANA yang menyamar sebagai penumpang yang sekali gus memantau segala tindakan tidak bertanggun­gjawab oleh penumpang.

Dua senario yang berbeza. Zionis Israel sekat dan pantau pergerakan orang yang baik. Sedangkan warga Palestin tidak akan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Tidak mendatangk­an kemudarata­n sama sekali. Bahkan apa yang dilakukan

Kita tuntut negara Islam dunia lebih tegas dalam menangani isu ini dan

tuntut Israel buka sekatan segera. Tidak perlu sebarang syarat

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia