Harian Metro

Keberkatan cari rezeki

-

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Akan datang suatu masa pada umat manusia, mereka tidak lagi peduli dengan cara untuk mendapatka­n harta, apakah melalui cara yang halal atau dengan cara yang haram.” (Hadis riwayat Bukhari)

Mencari rezeki halal adalah salah satu tuntutan agama. Setiap manusia mempunyai keperluan lahiriah seperti makanan yang perlu dipenuhi.

Untuk memenuhiny­a, kita perlukan wang lazimnya diperoleh dalam bentuk gaji atau keuntungan perniagaan.

Ia adalah satu rantaian. Hari ini, ramai orang yang bekerja tapi meninggalk­an tuntutan agama ketika bekerja.

Pekerjaan menjadi alasan untuk melanggar dan meninggalk­an tuntutan agama. Apabila ditanya kewajipan agama yang ditinggalk­an, tanpa rasa bersalah mereka menjawab “Nak buat macam mana, dah kerja.”

Ramai yang secara tidak sedar percaya rezeki yang mereka peroleh setiap bulan adalah datangnya daripada syarikat.

Sebab itu, mereka bermati-matian menjaga hati majikan dengan melakukan apa jua arahan sebaik-baiknya.

Mereka lupa bahawa Allah adalah pemberi rezeki yang mereka terima selama ini.

Syarikat hanya sebagai wasilah iaitu jalan dan perantara.

Allah SWT yang menggerakk­an hati majikan

 Usah tinggal ibadat, terbabit perbuatan keji dalam pekerjaan

untuk menerima kita sebagai pekerja walaupun ribuan yang lain memohon untuk jawatan sama.

Firman Allah di dalam Surah al-A’raf, ayat 205 “Dan sebutlah (nama) Tuhannmu dalam hatimu dengan merendahka­n diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraska­n suara, ketika pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”

Ramai yang tanpa segan silu meninggalk­an solat terutamany­a ketika berada dalam situasi yang sibuk.

Lihat saja apabila mesyuarat berlarutan untuk tempoh yang panjang, berapa kerat saja yang mengambil inisiatif untuk keluar solat sebentar?

Di samping itu, golongan yang bekerja dalam sektor pelanconga­n juga kebiasaann­ya berhadapan dengan godaan itu.

Majlis yang dianjurkan orang bukan Islam kebiasaann­ya disajikan arak akan menguji keimanan seseorang.

Mereka akan mengajak pekerja untuk turut sama berparti seperti meminum arak.

Bagi mereka, itu adalah salah satu tanda keramahan dan kemesraan tetapi orang Muslim yang lemah imannya akan menyambut pelawaan kerana kebanyakan rakan sekerja mereka turut sama meneguk arak.

Itu tanda ‘sporting,’ kata mereka. Di sesetengah tempat, meminum arak dalam kalangan pekerja Muslim menjadi perkara biasa.

Sebahagian daripada mereka akan meminum arak dan sesiapa yang tidak berbuat demikian akan kelihatan janggal serta asing.

Akibatnya, pekerja baru yang masih ‘suci’ terpaksa terbabit sama demi kelihatan ‘sporting’ di mata rakan dan senior.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orang-orang yang tidak mengharapk­an (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami dan berasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat

Kami. Mereka itu tempatnya ialah neraka disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah Yunus, ayat 7-8)

Penulis perunding psikologi bahasa dan penulis buku

 ?? Hadis riwayat Bukhari ?? Akan datang suatu masa pada umat manusia, mereka tidak lagi peduli dengan cara untuk mendapatka­n harta, apakah melalui cara yang halal atau dengan cara yang haram”
Hadis riwayat Bukhari Akan datang suatu masa pada umat manusia, mereka tidak lagi peduli dengan cara untuk mendapatka­n harta, apakah melalui cara yang halal atau dengan cara yang haram”
 ??  ?? NELAYAN mencari rezeki yang halal kurniaan daripada Allah SWT.
NELAYAN mencari rezeki yang halal kurniaan daripada Allah SWT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia