Harian Metro

Boleh terus kerja

 Seramai 281 kakitangan sementara LKM terima berita gembira

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@hme- tro.com.my

Notis pemberhent­ian kerja berkuat kuasa pada 13 Ogos depan

“Syukur...alhamdulil­lah.” Itu perkataan diucapkan oleh Muhammad Shah David Abdullah, 44, kakitangan sementara Lembaga Koko Malaysia (LKM), di sini, selepas mendapat tahu notis pemberhent­ian kerja yang diterima mereka pada 10 Julai lalu akan ditarik balik.

Sebelum ini, Muhammad Shah antara 281 kakitangan sementara LKM di seluruh negara yang menerima notis pemberhent­ian kerja berkuat kuasa pada 13 Ogos depan.

Menurut Muhammad Shah, dia menerima berita gembira itu daripada rakanya menerusi aplikasi WhatsApp, di samping sudah membaca laporan berita mengenai keputusan berkenaan.

“Dengan berita gembira ini, tiada masalah untuk tiga anak saya yang sedang belajar di sekolah termasuk anak sulung untuk menyambung pengajian di universiti awam nanti.

“Saya berharap notis (pemberhati­an kerja) itu akan ditarik semula dengan segera bagi menghilang­kan keresahan kami sebagai kakitangan sementara (LKM),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Muhammad Shah turut berterima kasih kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS), yang banyak membantu mereka dalam menyelesai­kan isu itu.

“Saya amat berterima kasih kepada CUEPACS dan media kerana kalau tidak diuar-uarkan, tiada siapa tahu mengenai perkara ini,” katanya yang sudah tujuh tahun bertugas di Pusat Penyelidik­an Bioteknolo­gi LKM Sabah di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP), dekat sini.

Kakitangan sementara lain, Azmi Mautar, 36, berkata, sekiranya notis pemberhent­ian pekerja sementara itu ditarik balik, dia berharap mereka diserap menjadi pekerja tetap.

“Saya menuntut untuk jawatan tetap supaya tiada pertikaian seperti ini berlaku lagi. Saya berkhidmat dengan LKM sejak 11 tahun lalu dan tidak mahu bermula dengan ‘kosong’,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Shah David
MUHAMMAD Shah David

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia