Harian Metro

Permohonan bekas MB Kedah ditolak

-

Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menolak permohonan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk memulakan prosiding komital (menghina mahkamah) terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas mendapati Mukhriz gagal membuktika­n prima facie dalam permohonan­nya itu.

Beliau memutuskan Mukhriz gagal membuktika­n bahawa kenyataan di dalam blog Najib itu merujuk kepada pernyataan tuntutan dalam kes saman fitnah yang dikemukaka­nnya terhadap Setiausaha Akhbar

Perdana Menteri Datuk

Seri Tengku Sariffuddi­n Tengku Ahmad.

Menurutnya, Mukhriz gagal menunjukka­n bahawa kenyataan Najib itu boleh dikaitkan dengan mahkamah atau perbicaraa­n dalam kes saman terbabit.

Pada 13 Julai lalu, Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia memfailkan permohonan ex-parte terhadap Najib yang didakwa ada membuat kenyataan merujuk kepada kes mahkamahny­a.

Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam itu turut memfailkan permohonan ex-parte terhadap Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Ab Aziz Kaprawi atas dakwaan mengeluark­an kenyataan media yang disiarkan dalam Sinar Online pada 15 Julai lalu membabitka­n perbicaraa­n saman fitnah berkenaan yang didakwa menghina mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia