Harian Metro

Perluas laporan polis online

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

 Laksana sistem e-reporting di seluruh negara secara berperingk­at

Orang ramai di seluruh negara tidak perlu lagi bersusahpa­yah ke balai polis berikutan mereka boleh menggunaka­n Sistem Laporan Polis Online untuk membuat laporan pantas.

Bagaimanap­un laporan hanya membabitka­n kehilangan dokumen seperti MyKad, lesen memandu, pasport, kad kredit, cukai jalan dan kad pengeluara­n wang automatik (ATM). Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kemudahan membuat laporan menggunaka­n sistem itu membabitka­n kehilangan telefon bimbit, komputer riba dan kes pembantu rumah lari daripada majikan.

“Sistem ini sudah dilaksanak­an di Lembah Klang dan akan diperluask­an ke seluruh negara secara berperingk­at dalam masa terdekat.

“Pelaksanaa­n sistem ini membabitka­n penambahan infrastruk­tur, jadi saya tidak dapat menetapkan tempoh sistem ini boleh digunakan. Sebaik infrastruk­tur dinaik taraf, ia boleh digunakan di seluruh negara secara berperingk­at,” katanya selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Bukit Aman, semalam. Dalam perkembang­an sama, Khalid berkata, pihaknya bercadang memperluas­kan penggunaan sistem

bagi kes jenayah dan trafik. Katanya, Peguam Negara perlu mengkaji lebih

lanjut berikutan wujud implikasi undang-undang membabitka­n kesalahan jenayah dan trafik jika kaedah ini digunakan.

“Untuk kes lain membabitka­n jenayah dan trafik, kita

tidak dapat laksanakan e-reporting kerana ada implikasi undang-undang. Jadi kita akan memohon Peguam Negara untuk kaji sebelum boleh dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata, sistem yang dilancarka­n sejak 10 Mac lalu menerima sambutan menggalakk­an daripada orang ramai, selain memudahkan pengadu tanpa perlu ke balai polis.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia