Harian Metro

Jejak ahli kongsi gelap rekrut pelajar

-

Kuala Lumpur: Operasi Op Cantas Khas bakal dilancarka­n untuk menjejaki dan menahan anggota kumpulan kongsi gelap yang merekrut pelajar sekolah menjadi anggota kumpulan berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan itu dilakukan bagi memastikan golongan remaja dan belia tidak terjerumus dengan aktiviti gangsteris­me.

“Yang penting kita mahu memastikan anak-anak muda khususnya pelajar sekolah tidak terpengaru­h dan terjerumus dengan aktiviti gengsteris­me di sekolah dan luar sekolah.

“Kali ini (polis) memang sasarkan pihak yang mempengaru­hi dan menarik anak-anak muda menyertai kumpulan gengsteris­me,” katanya selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Bukit Aman.

Menurutnya, setakat ini 70 ahli kongsi gelap ditahan di seluruh negara sejak 18 Julai lalu dan polis tidak memberi tumpuan kepada kaum tertentu, sebaliknya kongsi gelap secara amnya.

Pada 8 Mei lalu, 52 remaja termasuk 42 pelajar sekolah berusia 15 hingga 17 tahun yang terbabit dalam geng kongsi gelap dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang, Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia