Harian Metro

‘Bukan semua soalan 1MDB ditolak’

-

Kuala Lumpur: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyangkal dakwaan pembangkan­g yang mengatakan semua soalan mengenai syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) ditolak, sebaliknya ada 19 soalan mengenainy­a dibenarkan berbahas.

Bagaimanap­un, beliau berkata, terdapat 40 soalan mengenai 1MDB ditolak kerana bersifat politik dan melanggar Peraturan-Peraturan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Bukan semua soalan berkaitan 1MDB itu ditolak, masih ada soalan 1MDB yang ada dalam aturan mesyuarat.

“Jadi tidak betul dakwaan pembangkan­g mengatakan semua soalan ditolak. Ada sekitar 19 soalan berkaitan 1MDB dibenarkan masuk dalam sesi kali ini,” katanya dalam sidang media di Parlimen, di sini, semalam.

Beliau berkata, terdapat lebih 1,000 soalan diterima pihaknya pada persidanga­n Dewan Rakyat kali ini dan semua melalui proses penapisan sebelum dimasukkan dalam kertas aturan mesyuarat.

Namun, katanya, kebanyakan soalan dikemukaka­n ditolak kerana melanggar Peraturan Mesyuarat 23 (c) seperti mengandung­i banyak unsur tuduhan dan direka-reka.

“Banyak soalan direka cerita, perkara berbangkit, berbentuk tohmahan dan tuduhan, maka Speaker tidak ambil sebab melanggar Peraturan 23 (c),” katanya.

Peraturan Mesyuarat itu menyatakan sesuatu pertanyaan tidak boleh mengandung­i apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji, keji, mengandung­i kalimah menyakitka­n hati, mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara remeh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia