Harian Metro

Terus pertingkat pendidikan agama Islam

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pendidikan secara berterusan membuat penambahba­ikan terhadap pendidikan agama Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung selaras dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Timbalan Menterinya Datuk P Kamalanath­an berkata, usaha itu meliputi pelbagai aspek termasuk semakan semula kurikulum, jumlah guru serta perluasan sekolah tahfiz dan sekolah agama.

Katanya, kerajaan merancang untuk membina 77 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di seluruh negara pada awal tahun ini di mana buat masa ini terdapat 59 sekolah.

“Kedua, kita akan memperluas­kan pelaksanaa­n tahfiz model Ulul Albab kepada 15 sekolah menengah Kementeria­n Pendidikan, 11 SMKA dan empat sekolah bantuan tahfiz tahun ini.

“Ketiga, penyemakan semula kurikulum mata pelajaran Pendidikan Islam di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun ini.

“Keempat, pelaksanaa­n Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) di 171 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan kurikulum tahfiz kepada 16 SABK bermula 2015,” katanya ketika menjawab soalan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) mengenai langkah memperkuku­hkan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar selaras dengan PPPM 2013-2025 di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia