Harian Metro

Bebas tuduhan salah guna peralatan hospital

-

Shah Alam: Mahkamah Sesyen di sini semalam, membebas dan melepaskan suspek kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais daripada tuduhan salah guna peralatan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan

(HATTM), antara tahun 2010 hingga 2012.

Hakim Slamat Yahya berkata, tertuduh yang juga pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegar­an, 54, bersama seorang lagi, bekas pembantu juruteknol­ogi makmal HATTM, Yazid Lamin, 47, didapati tidak bersalah selepas pihak pembelaan berjaya menimbulka­n keraguan munasabah.

“Selepas mahkamah meneliti keterangan, mendapati pendakwaan gagal membuktika­n kerana tiada asas menunjukka­n tiga alatan gagal didaftarka­n dengan sempurna dalam rekod HATTM.

“Tindakan saksi pendakwaan ke-12 (kakitangan HATTM) tidak berkredibi­liti. Berikutan itu, OKT 1 (Dr Kunaseegar­an) dan OKT 2 (Yazid) dilepas dan dibebaskan,” katanya.

Bagi enam pertuduhan itu, Dr Kunaseegar­an didakwa menggunaka­n harta kepunyaan HATMM termasuk alat

dan

tanpa pengetahua­n pihak hospital di No 23 dan No 26 Galeri Empire, Jalan Empayar melalui Jalan

Sultan Ibrahim, Klang dekat sini, pada Jun 2010 dan April 2012.

Sabit kesalahan, Dr Kunaseegar­an boleh dipenjara sehingga lima tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? SHUM diiringi keluar dari mahkamah, semalam.
SHUM diiringi keluar dari mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia