Harian Metro

Tiga dijel 22 tahun

-

Kuala Lumpur: Dua beranak dan seorang anggota tentera masing-masing dihukum penjara 22 tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, atas pertuduhan menyebabka­n kematian seorang pengurus syarikat.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah menjatuhka­n hukuman itu terhadap Ahmad Bohari Mohamad,

52, dan anaknya, Muhamad Hairie, 24, serta Saipunizam Mohd Pirud, 36, selepas pembelaan mereka gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ketiga-tiga tertuduh bermula dari tarikh mereka dituduh di Mahkamah Majistret pada 4 Mei 2016.

Galeri awam mahkamah diselubung­i suara tangisan keluarga tertuduh sebaik saja mahkamah memberikan hukumannya.

Sementara itu, dua beranak lagi, Ahmad Atan Mad Sah, 50, dan Suhaimi, 24, menarik nafas lega apabila mereka dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan terbabit.

“Saya buat segalanya untuk sekolah yang memerlukan beberapa penambahba­ikan kerana usia sekolah menjangkau 50 tahun,” demikian rayuan tertuduh, Norliza Mat Radzi, 49, sebelum dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM40,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Norliza dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa membabitka­n wang tunai RM6,591, tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh di dalam penghakima­nnya berkata, tertuduh yang juga pengetua

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia