Harian Metro

Mengaku pukul wanita

-

Kuala Lumpur: Akibat mencederak­an seorang wanita selepas berlaku perselisih­an faham berhubung perjanjian pinjaman wang peribadi, seorang ahli perniagaan didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhka­n hukuman itu terhadap Nik Aswan Nik Abdul Aziz, 40, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mahkamah juga memerintah­kan tertuduh membayar ganti rugi RM3,000 kepada mangsa yang berusia 29 tahun.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan terhadap mangsa di kafe Hotel WP Sdn Bhd, Jalan Tuanku

Abdul Rahman, di sini, jam 1.55 petang, 18 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda

RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia