Harian Metro

E-Lelong elak gangguan, tekanan luar

-

Kuantan: Ketelusan dan integriti proses lelong awam yang terdedah kepada gangguan serta tekanan luar dapat ditingkatk­an menerusi projek perintis sistem e-Lelong kes lelong awam harta tak alih di Mahkamah Tinggi Malaya.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Md

Raus Sharif berkata, sistem bidaan dalam talian diwujudkan selepas ada rungutan dan masalah berkaitan lelong secara manual antaranya membabitka­n banyak pihak selain proses rumit yang mengambil masa lama.

Katanya, sistem e-Lelong yang diluluskan pelaksanaa­nnya pada 1 Jun lalu selepas melalui pelbagai proses termasuk mendapat persetujua­n semua pihak mampu menjadi platform perkhidmat­an awam digital menyeluruh seiring peredaran zaman.

“Badan Kehakiman memulakan projek perintis ini kerana ia memberi banyak impak positif bukan hanya kepada mahkamah tetapi paling penting kepada orang awam selaku pembida, institusi kewangan selaku plaintif dan pemilik hartanah dilelong selaku defenden,” katanya.

 ??  ?? MD Raus
MD Raus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia