Harian Metro

LPT2 guna tol elektronik 14 Ogos

-

Penggunaan bayaran tol menggunaka­n sistem elektronik di 10 plaza tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang akan bermula 14 Ogos depan mampu melancarka­n perjalanan terutama pada waktu puncak dan musim perayaan.

Pengurus Besar LPT2 Husni Md Yusuf berkata, setiap hari kira-kira 14,000 kenderaan melalui LPT2 dan jumlah itu meningkat kepada 17,000 pada hujung minggu manakala pada musim perayaan pula, jumlahnya boleh mencecah sehingga 40,000 hingga 50,000 kenderaan.

Katanya, peralihan kepada sistem elektronik itu mampu menyuraika­n aliran trafik dengan pantas di setiap plaza tol terutama yang sering sesak pada musim perayaan.

 ??  ?? HUSNI (kiri) pada sidang media Pelaksanaa­n Sistem Kutipan Tol Secara Elektronik Sepenuhnya di LPT2 bermula 14 Ogos depan.
HUSNI (kiri) pada sidang media Pelaksanaa­n Sistem Kutipan Tol Secara Elektronik Sepenuhnya di LPT2 bermula 14 Ogos depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia