Harian Metro

Jel mandatori penagih dadah

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

 Kesalahan kali kedua boleh dipenjara 5 tahun

Polis menguatkua­sakan undang-undang bagi membolehka­n penagih dadah yang mengulangi kesalahan dua kali dipenjara mandatori selama lima tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya menggunaka­n peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 39 (C) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi memerangi dadah habis-habisan.

Beliau berkata, pihaknya meminta Timbalan Pendakwara­ya memohon mahkamah tidak membenarka­n ikat jamin terhadap tertuduh atas kesalahan berulang itu mengikut Seksyen 41 (B) akta sama.

“Pada 2016, ada 34,000 penagih baru, selagi ada permintaan selagi itu ada bekalan, sebab itu kerajaan memberi tanggungja­wab kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), polis pula kami cari pengedar dadah daripada besar hingga kecil-kecilan.

“Kami menggunaka­n pendekatan mengikut Seksyen 39 (C) ADB 1952 dan sehingga 18 Julai lalu, 550 individu dikenakan hukuman mandatori penjara lima tahun, mereka yang mempunyai dua kesalahan lalu kami pohon supaya dituduh mengikut seksyen itu,” katanya.

Menurut Mokhtar, kaedah itu dianggap sebagai senjata yang boleh digunakan memerangi dadah selain ADB Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 dan ADB 1952.

“Menerusi Seksyen 39 (C) ini, kami harap penjenayah rasa takut apabila ditahan dipenjara selama lima tahun.

“Dulu, kami guna tetapi sekarang kami memperting­katkan dan saya mengarahka­n guna semua undang-undang yang ada supaya kita menyukarka­n mereka (penagih dadah),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Balai Polis Sri Lalang di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmudin Mohd.

Dalam pada itu, sejak 1 Januari hingga Ahad lalu, pihaknya merekodkan 88,813 kes berkaitan dadah membabitka­n 101,445 tangkapan.

Daripada jumlah tangkapan, ia membabitka­n 14,481 pembekal, 33,239 pemilik dan 53,725 individu yang positif ujian saringan air kencing.

Seramai 803 individu ditangkap mengikut ADB LLPK 1985. Selain itu, 4,400 warga asing turut ditahan.

“Bagi tempoh sama, kami merampas dadah bernilai RM121.21 juta,” katanya.

 ??  ?? MURID Sekolah Kebangsaan Bangsar sebagai sekolah angkat Yayasan Bank Rakyat, semalam.
MURID Sekolah Kebangsaan Bangsar sebagai sekolah angkat Yayasan Bank Rakyat, semalam.
 ?? Mohd Mokhtar Mohd Shariff ?? MOKHTAR
Saya mengarahka­n guna semua undang-undang yang ada supaya kita menyukarka­n mereka (penagih dadah)”
Mohd Mokhtar Mohd Shariff MOKHTAR Saya mengarahka­n guna semua undang-undang yang ada supaya kita menyukarka­n mereka (penagih dadah)”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia