Harian Metro

Nadia mana kau?

 Wanita warga Indonesia dijejaki bantu kes kematian budak lelaki dalam plastik

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

>>Polis temui petunjuk baru daripada seorang wanita yang tampil bantu siasatan

Kematian misteri seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui dibungkus dengan plastik sebelum dibuang di kawasan semak berair berhampira­n sebuah bengkel kereta di Kampung Chin Lee, Batu 6, Jalan Kepong, di sini, 20 Julai lalu, menemui petunjuk baru apabila seorang wanita diminta tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sentul Asistan Komisioner R Munusamy berkata, wanita itu dikenali sebagai Nadia Kristina, berusia 37 tahun.

“Kami percaya wanita warga Indonesia ini mempunyai kaitan dengan kejadian ini dan boleh membantu siasatan yang diklasifik­asikan sebagai kes bunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurka­nnya kepada balai terdekat atau menghubung­i pegawai penyiasat Asisten Superinten­dan Azrizal Khairul Abdul Kadir di talian 019-2769117,” katanya.

Harian Metro 21 Julai lalu melaporkan mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai dibunuh ditemui dalam plastik hitam di Kampung Chin Lee di sini, kira-kira jam 3 petang.

Susulan laporan itu, seorang lelaki yang kehilangan anak muncul di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), keesokan harinya, bagi melakukan pengecaman berhubung penemuan mayat itu.

 ??  ?? NADIA Kristina
NADIA Kristina

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia