Harian Metro

Gelandanga­n ke ladang

RISDA sedia beri pekerjaan ubah kehidupan

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bersedia beri peluang pekerjaan terutama membabitka­n sektor peladangan kepada golongan gelandanga­n yang tiada pekerjaan sekali gus mampu mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

Pengerusin­ya Datuk Zahidi Zainul

Abidin berkata, pihaknya akan menawarkan pekerjaan kepada golongan yang mahu mengubah kehidupan mereka yang sebelum ini hilang mata pencarian.

Beliau berkata, RISDA sentiasa peka terhadap masalah yang dihadapi golongan gelandanga­n dan bersedia membantu mereka merangkumi pelbagai aspek termasuk membabitka­n bantuan kewangan, makanan dan pendidikan.

“Kita mempunyai banyak peluang pekerjaan terutama membabitka­n sektor peladangan dan RISDA sangat mengalukan golongan gelandanga­n untuk menceburi bidang pekerjaan itu.

“Jika mereka minat untuk mengubah kehidupan ke arah lebih baik, RISDA akan menyediaka­n peluang pekerjaan kepada mereka berdasarka­n kekosongan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Program Jejak Gelandanga­n Kolej Universiti Agro Sains Malaysia (UCAM), di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UCAM Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh dan Naib Canselor UCAM Datuk Dr Faridah Hanam Mohd Rashid.

Pada majlis itu, seramai 200 gelandanga­n di sekitar bandar raya ini menerima bantuan berupa makanan yang diagihkan di Anjung Singgah, di sini.

Sementara itu, Mohd Fasiah berkata, pihaknya juga akan merangka pelbagai program termasuk bengkel kemahiran khusus kepada gelandanga­n.

Katanya, gelandanga­n yang berkelayak­an juga boleh melanjutka­n pelajaran dalam pelbagai bidang yang ditawarkan oleh UCAM.

“UCAM sentiasa terbabit dalam program kemasyarak­atan terutama dalam membantu golongan kurang bernasib baik supaya dapat menjalani kehidupan lebih baik.

“Kita juga akan merangka program atau bengkel kemahiran untuk mereka supaya lebih bersedia dalam mencari pekerjaan yang bersesuaia­n,” katanya.

 ??  ?? ZAHIDI (dua kanan) ketika Majlis Pelancaran Program Jejak Gelandanga­n UCAM Prihatin. Gambar kecil, sukarelawa­n mengagih baju terpakai.
ZAHIDI (dua kanan) ketika Majlis Pelancaran Program Jejak Gelandanga­n UCAM Prihatin. Gambar kecil, sukarelawa­n mengagih baju terpakai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia