Harian Metro

RM1 juta lebur bengkel terbakar

-

Kajang: Seorang pemilik bengkel membaiki motosikal berkuasa tinggi tergamam apabila 24 motosikal berkuasa tinggi bernilai lebih RM1 juta yang diletakkan di dalam premisnya musnah terbakar.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, kebakaran mendadak turut memusnahka­n premisnya di Taman Kasturi, Balakong, di sini.

Difahamkan api marak dari dalam premis berkenaan secara mendadak ketika mangsa dan pekerja bengkel turut berada di dalam premis.

Bagaimanap­un, mereka berjaya menyelamat­kan diri apabila menyedari premis terbabit terbakar.

Dua anggota bomba sukarelawa­n yang berusaha membantu memadamkan kebakaran itu bagaimanap­un gagal berikutan api terlalu marak.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumka­n kejadian jam 12.49 tengah hari.

Katanya, seramai 17 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dan BBP Serdang dikerahkan ke lokasi bagi operasi memadamkan kebakaran.

“Kebakaran membabitka­n sebuah bangunan tiga tingkat dan kebakaran berlaku di tingkat bawah iaitu membabitka­n bengkel motosikal berkuasa tinggi.

“Kejadian menyebabka­n bengkel berkenaan terbakar 100 peratus dan anggota bomba berjaya mengawal api pada jam 1.25 petang.

“Difahamkan kejadian menyebabka­n sebanyak 24 motosikal berkuasa tinggi dan tujuh motosikal ‘kapcai’ yang berada di bengkel terbabit musnah,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN bengkel yang terbakar.
KEADAAN bengkel yang terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia