Harian Metro

JSPT kesan panggilan palsu

-

Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengesan kegiatan panggilan palsu menggunaka­n nombor talian 03-20719999 bertujuan memperdaya­kan orang awam membuat pemindahan wang bagi menyelesai­kan kes kemalangan.

Ketua JSPT KL Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya tidak pernah menelefon mangsa kemalangan serta mengarahka­n mereka datang ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi kes kemalangan jalan raya kecuali aduan dibuat sendiri oleh pihak yang terbabit dalam kemalangan secara sendiri atau pihak kedua.

Katanya, pegawai penyiasat atau penolong pegawai penyiasat hanya akan menghubung­i individu terbabit sekiranya pihak kedua tidak tampil membuat laporan kemalangan selepas tempoh 24 jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia