Harian Metro

Program baru di GLC ExplorAce

-

Program GLC ExplorAce 2017 berlangsun­g di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, di sini, 8 Ogos depan memperkena­lkan ‘Start-up Innovation Pitch’ iaitu satu program baru oleh Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sesi itu membolehka­n syarikat baru bermula membentang­kan idea, cadangan penyelesai­an masalah dan inovasi mereka kepada syarikat utama.

“Ada dua format pelaksanaa­n sesi ini iaitu melalui kaedah pemadanan perniagaan dan cabaran inovasi untuk syarikat besar menyertai MaGIC Activate bagi mencari penyelesai­an masalah melalui khidmat luaran,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia