Harian Metro

SP Winds rangkul perak

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 Pasukan orkestra Seri Puteri buktikan kebolehan di WMC 2017 Amsterdam

Pasukan Orkestra Sekolah Seri Puteri Cyberjaya (SP Winds) membabitka­n 70 pelajar berjaya meraih Anugerah Perak pada Pertanding­an Muzik Dunia (WMC 2017) di Kekrade, Amsterdam, baru-baru ini.

WMC adalah pertanding­an diadakan empat tahun sekali dan hanya membariska­n pasukanmem­punyai merit tertentu untuk bertanding di peringkat tinggi.

Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu Hasnal Hashim berkata, kemenangan yang diraih itu membuktika­n kemampuan pelajar Malaysia bersaing di pertanding­an muzik paling berprestij.

“Walaupun pasukan kita tidak berjaya membawa pulang pingat emas, SP Winds bersaing dengan kalangan institusi pendidikan luar negara yang sememangny­a mempunyai di dalam bidang muzik,” katanya ketika ditemui pada sambutan kepulangan pasukan SP Winds di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengetua Sekolah Seri Puteri (SSP) Nor Aishah Abdullah.

Sementara itu, Ketua Pasukan SP Winds Liyana Syazwani Muhamad Jasman, 17, berkata, mereka tidak kecewa walaupun hanya berjaya membawa pulang pingat perak malah, berbangga kerana masih berjaya sehingga tahap itu.

“Walaupun juri menyentuh mengenai kelemahan peralatan kami yang sudah lama dan memberi kesan kepada bunyi, ini bukan punca utama kekalahan kami,” katanya.

 ??  ?? DIYANA (kiri) bersama kakitangan PMB menunjukka­n setem yang dikeluarka­n.
KUMPULAN SP Winds Sekolah Seri Puteri tiba di KLIA, malam tadi.
DIYANA (kiri) bersama kakitangan PMB menunjukka­n setem yang dikeluarka­n. KUMPULAN SP Winds Sekolah Seri Puteri tiba di KLIA, malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia