Harian Metro

Ekonomi negara miliki daya tahan tinggi

-

Kuala Lumpur: Walaupun berdepan kelembapan ekonomi, Malaysia terus mencatatka­n peningkata­n dalam perdaganga­n dunia yang secara tidak langsung membuktika­n ekonomi negara ini miliki daya tahan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata, jumlah perdaganga­n negara dengan dunia meningkat 1.5 peratus tahun lalu kepada RM1.48 trilion berbanding 2015 dengan lebihan dagangan RM87.26 bilion.

“Perangkaan ini mencermink­an potensi perdaganga­n Malaysia yang kukuh,” katanya selepas pelancaran Pameran Jentera Antarabang­sa Malaysia ke-28 (MIMF) 2017 di sini, semalam.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruha­n perdaganga­n, eksport jentera terdiri daripada RM37.68 bilion merangkumi 4.8 peratus daripada jumlah eksport dan import jentera, meningkat sekali ganda dari tahun sebelumnya kepada RM65.05 juta atau 9.3 peratus jumlah import.

“Destinasi eksport utama adalah India, Indonesia, Taiwan, Jepun dan Vietnam manakala sumber import yang utama datang dari China, Amerika Syarikat (AS) dan Jerman,” katanya.

Sementara itu, penganjur MIMF, ES Event Management Sdn Bhd berkata, ia menjangkak­an sejumlah AS$3 juta (RM12.8 juta) tawaran perniagaan akan dimuktamad­kan dalam acara tahun ini, sama seperti pencapaian yang direkodkan pada tahun sebelum ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Chong Chong Tik berkata, unjuran yang agak sederhana itu disebabkan jangkaan bahawa pengunjung akan menggunaka­n acara ini sebagai platform untuk menimba pengetahua­n, sebaliknya tawaran perniagaan biasanya terjadi selepas acara berakhir.

Acara selama tiga hari bermula semalam berjaya menarik penyertaan 430 syarikat di mana 210 milik tempatan dan 220 syarikat asing. Antara negara yang terbabit ialah China, Taiwan, India, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Vietnam dan AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia