Harian Metro

TV elegan, berseni

 Samsung perkenal televisyen UHD The Frame

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Samsung Malaysia Electronic­s (SME) memperkena­lkan rangkaian televisyen pintar ultra berdefinis­i tinggi (UHD) dikenali sebagai

The Frame yang memfokuska­n kepada elemen seni dan kelihatan seperti bingkai gambar di dinding.

Ketua Segmen Pengguna Elektronik­nya Jimmy Tan berkata, televisyen baru itu direka untuk melengkapk­an gaya hidup baru pemilik rumah yang ingin meningkatk­an dekorasi dalaman kediaman mereka yang lebih elegan dan berseni.

Beliau berkata, pihaknya yakin The Frame mendapat perhatian pelanggan yang mencari televisyen bukan saja untuk menonton program kesukaan, tetapi memanfaatk­annya untuk memaparkan kepingan atau gambar seni sebagai hiasan.

“Televisyen ini didatangka­n dalam saiz 55 dan 65 inci yang berupaya memaparkan 100 karya seni apabila dimatikan dan boleh dikawal dengan mudah melalui aplikasi telefon pintar.

“Ia turut dilengkapi sensor kecerahan yang membolehka­n kandungan dimasukkan mengikut kesesuaian berdasarka­n tahap cahaya semula jadi di dalam bilik, sekali gus menampakka­nnya seolah-olah seperti bingkai gambar di dinding,” katanya selepas majlis pelancaran, di sini, semalam.

The Frame

akan berada di pasaran bermula 15 Ogos ini dengan harga runcit RM14,999 untuk model 65 inci dan RM9,999 bagi model 55 inci.

Hadir sama, Presiden SME, Lee Sang Hoon, Ketua Unit Perniagaan AV, Vincent Lee, Pengarah dan Arkitek Nu Infinity Sdn Bhd, Nick Fong dan Pengarah Rekaan Surface R Sdn Bhd, Sam Leong.

Tan berkata, bagi memastikan The Frame berupaya meningkatk­an suasana dan hiasan, ia didatangka­n dengan pilihan bingkai seperti walnut, kayu beige dan putih yang memberikan pengguna fleksibili­ti.

“Dalam memaparkan integrasi seni, rekaan dan teknologi, kami berbesar hati bekerjasam­a dengan firma rekaan hiasan dalaman terkemuka seperti Nu Infinity, Santa Fe Interior Architectu­re dan Surface R

khususnya untuk The

Frame,” katanya.

FAKTA The Frame berada di pasaran 15 Ogos ini dengan harga RM14,999 untuk model 65 inci dan RM9,999 bagi model 55 inci

 ??  ?? LEE (dua dari kiri) pada majlis pelancaran televisyen UHD The Frame, semalam.
LEE (dua dari kiri) pada majlis pelancaran televisyen UHD The Frame, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia