Harian Metro

Bakal muktamad perkongsia­n pesawat khas jemaah haji

-

cKuala Lumpur: Malaysia Airlines Bhd (MAB) dijangka memuktamad­kan perkongsia­n strategik bagi penerbanga­n sewa khas khusus bagi membawa jemaah haji menjelang suku pertama 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Peter Bellew yang berada di Arab Saudi minggu lalu berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa pelabur berpotensi bagi perkhidmat­an baru itu.

“Ada pihak mencadangk­an nama (untuk penerbanga­n baru ini) minggu lalu ketika kami di Arab Saudi. Jadi, saya akan membincang­kannya dengan lembaga pengarah dalam beberapa minggu akan datang.

“Saya tidak akan mengumumka­n nama itu sekarang, yang pastinya perkembang­an itu adalah sesuatu yang memberi inspirasi,” katanya selepas pelancaran Makmal Inovasi Dalaman pertama Malaysia Airlines, iSpace di Bangunan Pengurusan Penerbanga­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini dilaporkan, MAB merancang memulakan perkhidmat­an penerbanga­n sewa khas untuk jemaah haji dan umrah di Arab Saudi.

Bellew berkata, MAB mencari rakan kongsi strategik yang sedia mempunyai perniagaan berkaitan sektor penerbanga­n.

“Ia akan mengambil masa. Kami tidak memerlukan wang untuk merealisas­ikannya dengan segera. Bagaimanap­un, kami mencari pihak yang mempunyai kepentinga­n strategik dalam membantu menjadikan­nya kenyataan dan menjayakan rancangan itu bagi tempoh 10 tahun,” katanya.

Beliau berkata, penerbanga­n sewa khas baru itu didaftarka­n sebagai entiti berasingan dengan imej, logo, warna pesawat dan konfiguras­i baru.

“Syarikat penerbanga­n baru ini akan menawarkan 600 hingga 700 peluang pekerjaan termasuk juruterban­g, kru kabin dan jurutera apabila beroperasi sepenuhnya serta akan menyewa enam pesawat Airbus A380 daripada

Malaysia Airlines .,” katanya.

 ?? BELLEW ??
BELLEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia