Harian Metro

GLC ExplorAce 2017 dijangka jana RM9b

-

Acara tahunan GLC ExplorAce 2017 yang akan menghimpun­kan usahawan dan vendor tempatan Ogos ini, dijangka menjana hasil RM9 bilion di bawah program pembanguna­n vendor.

Program itu sebelum ini menjana perolehan kontrak RM28.1 bilion bagi 2014 hingga 2016.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, 21 syarikat teraju dan 63 vendor mewakili pelbagai sektor akan menyertai acara sehari itu pada 8 Ogos ini.

“Syarikat teraju seperti UEM Group Bhd akan menyertai acara ini. Ia adalah kesempatan untuk vendor yang menunggu untuk terbabit dalam projek syarikat itu pada masa hadapan.

“Kita mahu mereka maju ke tahap seterusnya dalam program ini iaitu melakar kejayaan di peringkat kebangsaan, serantau dan global,” katanya pada majlis prapelanca­ran GLC ExplorAce, di sini, semalam.

 ??  ?? MUSTAPA (dua dari kiri) merasmikan prapelanca­ran GLC Explorace 2017, semalam.
MUSTAPA (dua dari kiri) merasmikan prapelanca­ran GLC Explorace 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia