Harian Metro

IMKL 2017 kukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur

-

Penganjura­n Invest Malaysia

Kuala Lumpur 2017 (IMKL 2017) yang berakhir 26 Julai lalu mengukuhka­n kedudukan Malaysia sebagai pasaran baru yang maju dan menawarkan peluang luar biasa kepada pelabur.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan berkata, penganjura­n acara edisi ke-13 itu membuktika­n kelebihan Malaysia sebagai destinasi pilihan penyenarai­an dan pelaburan dalam kalangan korporat.

“IMKL 2017 dilihat menyumbang kepada peningkata­n imej dan profil negara serta membuka mata pemain dalam kalangan komuniti pelaburan antarabang­sa,” katanya.

Acara dianjurkan Bursa Malaysia dan CIMB Investment Bank itu dianjurkan 25 hingga 26 Julai lalu dengan penyertaan 1,929 individu membabitka­n 950 pengurus dana dengan nilai pengurusan bawah aset AS$19.9 trilion (RM85.1 trilion).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia