Harian Metro

Kerjasama strategik

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@ mediaprima.com.my

Aladdin Group Sdn Bhd (Aladdin Group), pemilik platform jualan atas talian www.aladdinstr­eet.com dan www. aladdinstr­eet.com.my berhasrat untuk meneroka 10 pasaran baru di seluruh dunia menjelang akhir tahun ini.

Ketika ini, syarikat berpangkal­an di Malaysia itu mempunyai dua pasaran bagi operasinya iaitu Malaysia dan Singapura yang sudah memulakan operasi sejak lebih setahun lalu.

Pengasas Bersama dan Timbalan Presidenny­a Datuk Wesley Ong berkata, antara 10 negara baru berkenaan ialah China, Indonesia, Bangladesh, Thailand, Kazakhstan dan Hong Kong yang setiap satu operasi perniagaan di negara asing barunya mempunyai nilai pelaburan sehingga RM42.7 juta (AS$10 juta).

Beliau berkata, bagi tujuan memperkena­lkan kehadiran Aladdin Group dalam pasaran antarabang­sa, pihaknya bakal mengadakan majlis pelancaran secara rasmi di peringkat global pada 12 Ogos depan.

“Buat masa ini, bagi platform e-dagang global syarikat iaitu www.aladdinstr­eet.com boleh diakses 30 negara di seluruh dunia dan kami juga mempunyai perancanga­n untuk melabur sekitar RM2.1 bilion (AS$500 juta) bagi tujuan promosi dan pelaburan dalam tempoh empat tahun akan datang.

“Selain itu, syarikat juga mengadakan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak yang boleh menonjolka­n kehadiran Aladdin di seluruh dunia antaranya bersama Kelab Bola Sepak Manchester

Aladdin Group berhasrat teroka 10 pasaran baru di seluruh dunia menjelang akhir tahun

United yang menjadikan kami sebagai rakan niaga eksklusif pemasaran global atas taliannya,” katanya pada taklimat media di sini, semalam. Aladdin Street ialah platfrom e-dagang yang mempunyai sekitar sembilan segmen barang dagangan dan menawarkan 33,000 produk dijual kepada pengguna di Malaysia dan luar negara.

Platform perniagaan itu turut membantu lebih ramai pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menjadikan­nya sebagai platform untuk menembusi pasaran asing.

Dalam taklimat berkenaan, Aladdin Group turut mengumumka­n cabutan bertuah untuk memenangi tiket menyaksika­n perlawanan bola sepak dan bertemu pemain Manchester United secara eksklusif di Old Trafford, England.

Untuk melayakkan diri menyertai cabutan bertuah itu, pembeli hanya perlu membuat pembelian produk melebihi RM200 bagi pembeli di Malaysia dan AS$50 untuk pembeli di luar negara bagi tempoh peraduan sehingga 30 September ini.

 ??  ?? ONG (kiri) dan Naib Presiden Kanan Aladdin Group Datuk Seri Vincent Tiew menunjukka­n hadiah ‘To United We Celebrate’
pada sidang media, semalam.
ONG (kiri) dan Naib Presiden Kanan Aladdin Group Datuk Seri Vincent Tiew menunjukka­n hadiah ‘To United We Celebrate’ pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia