Harian Metro

E-Class Coupe lebih sporty, maskulin

-

Kuala Lumpur: Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) memperkena­lkan model E-Class Coupe baru dalam segmen Dream Car Collection untuk pasaran tempatan.

Naib Presiden Jualan dan Pemasarann­ya Mark Raine berkata, model itu menampilka­n rekaan lebih sporty dan maskulin serta teknologi paling maju menjadikan­nya sebagai satu penanda aras dalam industri permotoran premium.

“Ia diasaskan daripada limosin eksekutif untuk model Coupe mewah ini dan menjadi satu simbol gaya hidup serta status kepada mereka yang mahukan jentera berprestas­i,” katanya pada majlis pelancaran­nya di sini, semalam.

Model itu dilengkapi enjin 2.0 liter dan ditawarkan dalam dua varian iaitu E 200 Coupe serta E 300 Coupe dengan Edition 1, selain dipadankan transmisi kelajuan 9G-Tronic.

Semua varian dilengkapi dengan aksesori AMG Line yang mampu menghambur­kan kuasa kuda 184 hp dan tork 300 Nm untuk E 200 serta 245 hp dengan 370 Nm untuk E 300.

Sebagai tambahan ciri eksklusif, E 300 Coupe juga ditawarkan dengan varian Edition 1 yang hanya dikeluarka­n sebanyak 555 unit di seluruh dunia dengan beberapa ciri perbezaan luaran dan dalaman diberikan.

“Model ini juga dilengkapi ciri keselamata­n terbaik seperti sistem Bantu Brek Aktif yang berfungsi secara optimum mengikut keperluan serta pada kelajuan rendah boleh mengesan pejalan kaki yang melintas jika pemandu terleka,” katanya.

Harga jualan bermula daripada RM435,888 untuk E 200 Coupe, RM499,888 (E 300 Coupe) dan RM534, 888 (Edition 1) dengan empat tahun jaminan tanpa had perbatuan.

 ??  ?? MBM memperkena­lkan model E-Class Coupe dalam segmen Dream Car Collection.
MBM memperkena­lkan model E-Class Coupe dalam segmen Dream Car Collection.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia