Harian Metro

BADAN BERBUIH

- Daily Mail

Lelaki hidup terasing sebagai pengemis kerana ketumbuhan pada tubuh

Seorang lelaki terpaksa hidup terasing disebabkan ratusan ketumbuhan seperti buih yang memenuhi badannya kerana dibimbangi menjangkit­i orang sekeliling.

Habib Ullah Khan, 56, dari Karachi, dipercayai menghidap sejenis neurofibro­matosis dengan ketulan kecil mula tumbuh di dadanya ketika dia berusia 10 tahun.

Ketulan yang tidak berbahaya itu kemudian merebak ke kaki, tangan, leher dan mukanya sehingga akhirnya dia terpaksa berhenti sekolah kerana kanak-kanak lain ‘geli’ dengannya walaupun dia murid bijak.

Dia mengaku ketumbuhan berkenaan tidak menyakitka­n, sebaliknya lebih perit apabila dia terpaksa hidup terasing kerana sering dicaci orang ramai.

“Sepanjang hidup memang saya dihina dan dicaci. Tiada siapapun mahu melihat atau mendekati saya. Mereka bimbang penyakit saya ini akan merebak kepada mereka.

“Saya sukar mendapat rumah sewa kerana penyakit saya.

“Pernah juga saya diusir kerana penghuni yang berkongsi rumah sewa mengadu mengenai keadaan saya.

“Disebabkan itu saya kerap berpindah,” katanya.

Menurut Habib Ullah dia cuma keluar satu atau dua kali seminggu untuk mengelak terserempa­k dengan orang ramai.

Katanya, selepas ibu bapanya meninggal dunia 20 tahun lalu, dia terpaksa keluar dari kediaman keluarga dan hidup sendiri. “Saya mengemis untuk mencari wang kerana tiada pilihan lain.

“Lebih menyedihka­n apabila adik-beradik sendiri menyuruh anak mereka menjauhi saya. Kerana dipulau keluarga sendiri, saya memilih untuk hidup bersendiri­an.

“Baiklah saya mengemis daripada dihina setiap hari oleh saudara sedarah sedaging.

“Apapun saya bersyukur, sekurang-kurangnya muka saya tidak terlalu teruk.

“Ia membolehka­n saya menyorokka­n sedikit keadaan ini daripada orang ramai,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? HABIB Ullah hidup terasing kerana dipulau oleh orang ramai kesan daripada penyakitny­a. - Daily Mail HABIB Ullah
bersyukur wajah tidak dipenuhi benjolan. - Daily Mail
HABIB Ullah hidup terasing kerana dipulau oleh orang ramai kesan daripada penyakitny­a. - Daily Mail HABIB Ullah bersyukur wajah tidak dipenuhi benjolan. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia