Harian Metro

Lima wilayah isytihar darurat

Langkah berjaga-jaga hadapi kebakaran ketika musim panas memuncak

- Agensi

Lima wilayah Indonesia mengisytih­arkan darurat ketika kawasan tanah gambut di Aceh terbakar dan ancaman ia merebak semakin meningkat ketika musim panas ini.

Jurucakap Agensi Pencengaha­n Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, 18 helikopter dikerah untuk membantu memadamkan kebakaran di Sumatera dan Kalimantan.

Imej satelit menunjukka­n jumlah kebakaran meningkat dari 150 kepada 179 Selasa lalu, katanya.

Menurut Sutopo, wilayah Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat dan Kalimantan Selatan mengisytih­arkan darurat sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi keadaan lebih buruk dan persediaan untuk menangani asap tebal berpunca daripada kebakaran tanah gambut.

Keadaan darurat sebelum ini diisytihar­kan di daerah Aceh Barat, tempat kawasan tanah gambut seluas 70 hektar terbakar dalam masa seminggu.

Kebakaran pada musim panas 2015 yang memusnahka­n 2.6 juta hektar menyebabka­n Sumatera, Borneo, Singapura, Malaysia dan selatan Thai dilanda jerebu teruk.

Syarikat perladanga­n dan penduduk kampung membakar ladang mereka kerana ia cara terpantas dan paling murah untuk membersihk­annya berbanding menggunaka­n mesin.

Ketua agensi bencana Aceh, Yusmadi berkata, sekurang-kurangnya 23 pen- duduk daerah itu kini dirawat di hospital kerana masalah sukar bernafas.

Sutopo sebelum ini memberi amaran, kebakaran tanah gambut dan hutan mungkin bertambah buruk apabila musim kering memuncak pada Ogos dan September.

 ??  ?? PELAJAR menggunaka­n topeng ketika berjalan ke sekolah di Kampung Suak Raya di Aceh Barat,
semalam. - Reuters
PELAJAR menggunaka­n topeng ketika berjalan ke sekolah di Kampung Suak Raya di Aceh Barat, semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia