Harian Metro

Yingluck harap sokongan penyokong selepas aset dibeku

-

Bangkok: Bekas Perdana Menteri Thai, Yingluck Shinawatra yang digulingka­n dalam rampasan kuasa pada 2014 menggesa penyokongn­ya membantuny­a selepas rejim tentera negara itu membekukan 37 hartanah dan 156 akaun bank miliknya.

Yingluck diharamkan berpolitik pada 2015 selepas Parlimen yang dilantik tentera mendapatin­ya bersalah terhadap salah urus skim membeli beras daripada petani sehingga 50 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.

Meskipun disekat, Yingluck tetap popular dalam kalangan rakyat Thai, khususnya penduduk luar bandar.

Timbalan Perdana Menteri Wissanu Krea-ngam memberitah­u wartawan semalam, Kementeria­n Kewangan sudah mengesan aset Yingluck, termasuk 37 hartanah dan wang dalam 16 akaun bank.

“Semuanya dibeku buat sementara waktu. Ia masih belum dirampas oleh kerajaan,” kata Wissanu kepada wartawan.

Dalam Twitternya kelmarin, Yingluck menulis: “Akaun bank saya dirampas. Saya mahu mendapatka­n sokongan daripada penyokong dan peminat saya.”

Yingluck menghadapi tuduhan jenayah berkait dengan skim beras itu.

Keputusan perbicaraa­n itu dijangka diumumkan 25 Ogos depan. - Reuters

 ??  ?? GAMBAR fail, Yingluck bersama penyokongn­ya ketika hadir di mahkamah di Bangkok minggu lalu. - Agensi
GAMBAR fail, Yingluck bersama penyokongn­ya ketika hadir di mahkamah di Bangkok minggu lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia