Harian Metro

Duterte digesa tarik balik ancaman bom sekolah

-

Manila: Kumpulan hak asasi semalam menggesa Presiden Filipina menarik balik ancaman melancarka­n serangan udara terhadap sekolah suku kaum yang dituduhnya mengajar kanak-kanak menjadi pemberonta­k komunis.

Kumpulan berkenaan memberi amaran, serangan seumpama itu termasuk dalam jenayah perang.

Human Rights Watch (HRW) yang berpangkal­an di Amerika Syarikat berkata, undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa melarang serangan ke atas sekolah dan struktur awam lain kecuali ia digunakan untuk tujuan ketenteraa­n.

Duterte bertindak membatalka­n rundingan damai dengan parti komunis negara itu selepas berang dengan serangan pemberonta­k itu terhadap tentera kerajaan, termasuk pertempura­n minggu lalu yang mencederak­an lima anggota pengawal presiden.

Dalam sidang akhbar lewat Isnin lalu, Duterte mengecam pemberonta­k berkenaan kerana memusnahka­n jambatan dan membakar sekolah di selatan negara itu.

Bagaimanap­un, katanya, mereka tidak menyerang sekolah suku kaum Lumad, penduduk asli bukan beragama Islam yang mendiami selatan Filipina.

Menurut Duterte, sekolah suku kaum Lumad itu beroperasi di bawah kuasa pemberonta­k tanpa permit kerajaan. - Agensi

FAKTA Duterte dakwa sekolah suku kaum di selatan Filipina ajar murid jadi pemberonta­k komunis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia