Harian Metro

Ketua Polis Sumatera Utara arah tembak pengedar dadah

-

Ketua Polis Daerah

Sumatera Utara, Inspektor Jeneral Pol Paulus Waterpauw (gambar) semalam mengarahka­n anggotanya menembak mati pengedar dadah, lebih-lebih lagi jika terbukti mereka ada kaitan dengan sindiket antarabang­sa.

“Bunuh sahaja mereka,” katanya selepas majlis memecat 17 anggota polis daerah itu yang terbabit dalam pelbagai kesalahan.

Pol berkata, tidak ada gunanya memenjarak­an orang sudah jauh terlibat dengan dadah.

“Jika dipenjarak­an, mereka tidak akan sedar. Bukti menunjukka­n mereka akan meluaskan lagi rangkaian mereka,” katanya.

Menurutnya, polis daerah itu perlu bersikap lebih tegas memandangk­an kegiatan pengedaran dadah di Sumatera Utara kini amat membimbang­kan.

Berdasarka­n rekod, sepanjang Januari hingga Julai 2017, polis Indonesia dan agensi dadah negara itu sudah menembak mati sekurang-kurangnya 13 pengedar dadah di Sumatera Utara. - Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia