Harian Metro

Tarian junjung tong gas

- Agensi

Pencuri dipaksa menari separuh bogel selepas ditangkap

Seorang lelaki dihukum kerana mencuri tong gas dengan dipaksa menari separuh bogel sambil menjunjung barangan yang dicurinya itu.

Kejadian di Rivers di Nigeria itu, dirakam dan tular menunjukka­n suspek yang mencuri tong gas berkenaan ditangkap sebelum sempat melarikan diri.

Sekumpulan pemuda kemudian berhimpun mengelilin­ginya sebelum membelasah­nya dan memaksanya menjunjung tong gas berkenaan.

Kumpulan berkenaan turut memukul gendang dan menyanyi lagu rakyat serta memaksa lelaki terbabit menari sambil menjunjung tong gas itu.

Lelaki itu yang mulanya tersipu malu tetapi terpaksa akur arahan kumpulan berkenaan kerana takut dibelasah lagi.

Dia akhirnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? LELAKI berkenaan diarah menari sambil menjunjung tong gas selepas dibelasah setelah ditangkap mencuri. - Agensi
LELAKI berkenaan diarah menari sambil menjunjung tong gas selepas dibelasah setelah ditangkap mencuri. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia