Harian Metro

Israel tunduk

- Agensi

Umat Islam kembali solat di Masjid Al-Aqsa

Penduduk Islam Palestin menamatkan pemulauan dan memasuki Masjid Al-Aqsa buat pertama kali dalam masa dua minggu semalam selepas Israel menarik balik langkah keselamata­n kontrovers­i, sekali gus menamatkan krisis yang mencetuska­n kekacauan berdarah.

Ribuan jemaah memasuki pekarangan Haram Al-Sharif, tempat terletakny­a Masjid Al-Aqsa dan Kubah Al-Sakhrah, untuk menunaikan solat Asar.

Sebahagian mereka kelihatan menangis ketika memasukiny­a sementara yang lain bertakbir.

Konfrontas­i minit terakhir mengancam memusnahka­n rancangan menamatkan pemulauan itu apabila polis Israel mahu menutup satu pintu menuju ke masjid ketiga paling suci umat Islam itu.

Pintu berkenaan ialah tempat dua polis Israel mati ditembak tiga penduduk Palestin pada 14 Julai lalu, kejadian yang menyebabka­n rejim itu melaksanak­an langkah keselamata­n baru.

Pintu itu akhirnya dibuka dan penduduk Palestin mengekalka­n rancangan mereka untuk menamatkan pemulauan itu.

Ketegangan berlaku antara Israel dan jemaah di kawasan suci itu walaupun selepas rejim itu mengalihka­n pengesan logam Selasa lalu.

Penghadang besi dan perancah tempat kamera dipasang dipunggah awal semalam.

Penduduk Islam enggan memasuki pekarangan itu, sebaliknya menunaikan solat di jalan raya di luar pekarangan berkenaan selepas Israel memasang langkah keselamata­n kontrovers­i itu.

Penduduk Palestin dan umat Islam seluruh dunia menganggap tindakan itu sebagai usaha Israel untuk mengukuhka­n penguasaan­nya terhadap masjid itu dan menghapusk­an ciri keislaman di Baitulmaqd­is.

Sebagai tindak balas terhadap langkah Israel mengembali­kan keadaan seperti sebelum keganasan meletus, Majlis Wakaf Al-Aqsa menggesa jemaah kembali menunaikan solat di masjid itu.

“Laporan teknikal menunjukka­n semua halangan yang dipasang penjajah (Israel) di luar Masjid Al-Aqsa sudah ditarik balik,” kata ketua Jabatan Waqf, Abdel-Azeem Salhab.

“Kami menghargai tindakan jemaah menunaikan solat di luar Al-Aqsa sepanjang dua minggu lalu dan kami mahukan pendirian mereka berterusan di luar dan kini di dalam Al-Aqsa,” katanya, menggesa jemaah kembali untuk menunaikan solat di dalam masjid ketiga paling suci umat Islam itu.

Pertubuhan politik Palestin turut mengeluark­an kenyataan menyokong pengumuman itu yang akan membantu meredakan kekacauan.

“Solat akan dilakukan, Insya Allah, dalam Masjid Al-Aqsa,” kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada sidang akhbar di Baitullaha­m.

Sebelum pengumuman berkenaan, gesaan dibuat oleh beberapa pihak supaya diadakan satu lagi ‘Hari Kemarahan’ hari ini, yang mungkin mencetuska­n lebih banyak keganasan.

Keputusan Israel menarik balik langkah keselamata­n dibuat selepas usaha diplomatik pelbagai pihak, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kunjungan wakil Asia Barat Presiden Donald Trump dan tekanan daripada negara serantau, khususnya Jordan dan Turki.

Jurucakap Perdana Menteri Israel, Banjamin Netanyahu enggan mengulas mengenai keputusan itu.

Israel menawan Baitulmaqd­is Timur, termasuk Kota Lama dan pekarangan Haram Al-Sharif dalam Perang 1967 sebelum mengisytih­arkan kawasan itu sebahagian ibu negaranya.

Perisytiha­ran itu bagaimanap­un tidak diiktiraf masyarakat antarabang­sa.

Awal pagi semalam, penduduk Palestin berkumpul di pintu masuk pekarangan Al-Aqsa untuk meraikan penarikan balik saki-baki pemasangan keselamata­n.

Sebahagian mereka bersorak, ada yang membunyika­n hon kereta dan ada yang membakar mercun sambil diperhatik­an tentera Israel.

Firas Abasi berkata, dia amat terharu dengan ‘kemenangan’ yang dicapai.

“Selama 12 hari kami tidak tidur, tidak melakukan apa-apa kecuali untuk berjuang mempertaha­nkan Masjid Al-Aqsa,” katanya.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Israel akan meneruskan rancangan untuk memasang sistem kamera pintar di Kota Lama Baitulmaqd­is bagi menggantik­an pengesan logam.

 ??  ?? PENDUDUK Palestin, ada yang menangis, ada yang bertakbir, sambil membawa bendera Palestin, memasuki pekarangan Haram Al-Sharif, kali pertama dalam masa dua minggu, semalam. - AFP
PENDUDUK Palestin, ada yang menangis, ada yang bertakbir, sambil membawa bendera Palestin, memasuki pekarangan Haram Al-Sharif, kali pertama dalam masa dua minggu, semalam. - AFP
 ??  ?? KANAK-KANAK Palestin turut hadir untuk meraikan kemenangan mereka memaksa Israel menarik balik langkah keselamata­n yang dipasang rejim itu di pekarangan Al-Haram Al-Sharif, semalam. - Reuters
KANAK-KANAK Palestin turut hadir untuk meraikan kemenangan mereka memaksa Israel menarik balik langkah keselamata­n yang dipasang rejim itu di pekarangan Al-Haram Al-Sharif, semalam. - Reuters
 ??  ?? SEORANG lelaki mendukung anaknya untuk meraikan keputusan Israel mengembali­kan keadaan di Al-Aqsa seperti sebelum kekacauan meletus. - Reuters
SEORANG lelaki mendukung anaknya untuk meraikan keputusan Israel mengembali­kan keadaan di Al-Aqsa seperti sebelum kekacauan meletus. - Reuters
 ??  ?? JEMAAH menjulang pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar Kiswani sambil bertakbir sebaik memasuki pekarangan Haram Al-Sharif, semalam. - AFP
JEMAAH menjulang pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar Kiswani sambil bertakbir sebaik memasuki pekarangan Haram Al-Sharif, semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia