Harian Metro

Jerebu tak ganggu temasya

 Marina optimis Sukan SEA berjalan lancar seperti yang dirancang

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Ketua Kontinjen Sukan SEA Datuk Marina Chin yakin temasya 19 hingga 30 Ogos depan tidak akan terganggu dengan masalah jerebu.

Malah beliau langsung tidak bimbang ancaman jerebu sekali gus yakin temasya dwitahunan itu akan berlangsun­g seperti dirancang.

“Saya tidak bimbang dengan kemungkina­n berlaku jerebu ketika Sukan SEA berlangsun­g. Saya yakin kita akan mendapat cuaca baik seperti belum ini ketika menganjurk­an temasya besar seperti Sukan Komanwel.

“Namun sekiranya ia terjadi, MASOC (Jawatankua­sa Penganjur Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur) akan membincang­kan bentuk tindakan perlu diambil kerana saya hanya ketua kontinjen dan tidak menjaga cuaca,” katanya.

Marina berkata demikian selepas Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB) memberi amaran ancaman kebakaran hutan semakin meningkat berikutan musim kemarau yang dijangka mencapai kemuncakny­a dalam beberapa bulan ini.

Kawasan panas di wilayah Acheh dikesan mula mengeluark­an asap tebal. Bagaimanap­un Indonesia sudah memberi jaminan masalah jerebu tidak akan berulang di Malaysia.

Sementara itu, Marina turut memaklumka­n atlet yang bertanggun­gjawab untuk membawa Jalur Gemilang akan diumumkan pada 10 Ogos depan.

Katanya, perkara itu akan diumumkan pada hari terakhir Kem Latihan Pusat Kontinjen Malaysia yang mana beliau akan menerima Jalur Gemilang daripada Yang di-Pertuan Agong di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) dan kemudianny­a menyerahka­n kepada pembawa bendera.

 ?? FOTO: OWEE AH CHUN ?? ATLET negara sudah sedia beri aksi terbaik pada Sukan SEA kali ini.
FOTO: OWEE AH CHUN ATLET negara sudah sedia beri aksi terbaik pada Sukan SEA kali ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia