Harian Metro

Keenakan cendol selepas kayuhan

-

Bukit Merah: Peserta Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) turut dijamu cendol percuma selepas tamat kayuhan, esok.

Hidangan itu ditaja Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu Datuk Sham Mat Sahat

Sham berkata, penajaanny­a itu adalah sebagai menyokong program Harian Metro di kawasannya, sekali gus menaikkan nama kawasan berkenaan.

Menurutnya, program HMMTB itu baik kerana dapat menyemai semangat bersukan dalam kalangan rakyat negara ini dengan menyertai acara berbasikal.

(gambar).

“Sukan berbasikal di negara ini kini mempunyai peminatnya tersendiri dan saya menaja cendol untuk meraikan mereka yang datang ke kawasan DUN (Dewan Undangan Negeri) saya.

“Saya berharap program ini akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan terima kasih kerana memilih Alor Pongsu sebagai lokasi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia