Harian Metro

Juadah menarik nanti peserta

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi sukan@hmetro.com.my

Bagan Serai: Kelab Sukan, Rekreasi dan Pelanconga­n Bagan Serai bersedia menjadi pemandu pelancong kepada peserta Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) yang mungkin tiba awal bersama keluarga bagi menikmati makanan dan tempat-tempat menarik di sekitar ini daerah itu.

Penaung Kelab Sahariman Abd Manaf berkata, pihaknya sanggup membawa peserta ke lokasi menarik untuk dikunjungi sambil menikmati makanan popular di daerah ini kerana sudah menjadi tanggungja­wab kelab un- tuk mempromosi­kan lokasi menarik di daerah itu.

“Makanan popular di daerah ini adalah kari sembilang dan ketam lembut manakala tempat menarik seperti Kuala Gula Sanctuary Resort dan Dataran Helang,” katanya.

Sementara itu, Pulau Orang Utan (POU) turut menyediaka­n tawaran istimewa kepada pengunjung sempena HMMTB dan Tahun Melawat Perak (TMP) dengan diskaun sehingga 50 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan POU Dr D Sabapathy berkata, mereka memberi diskaun harga tikete RM20 berbanding RM38 sebelum ini manakala untuk kanak-kanak RM10.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia