Harian Metro

Bercuti penuh bangga

- AFP

Lewis Hamilton akan bercuti pada musim panas kali ini dengan penuh bangga di puncak kedudukan pemandu kejuaraan Formula Satu dunia jika menang dengan rekod kali keenam pada Grand Prix Hungary hujung minggu ini.

Juara dunia tiga kali itu juga boleh menyamai pencapaian juara tujuh kali Michael Schumacher dengan kemenangan petak utama kali ke-68, jika dia menghasilk­an satu lagi persembaha­n mengagumka­n sepusingan buat Mercedes pada sesi kelayakan esok.

Pemandu Britain berusia 32 tahun itu, satu mata di belakang pendahulu Sebastian Vettel dari Ferrari selepas 10 daripada 20 perlumbaan tahun ini, sudah menang dengan rekod lima kali di litar Hungarorin­g yang sempit, perlahan, berdebu

bar)

(gam-

dan teknikal itu.

Selepas persembaha­n mengagumka­n ketika mendominas­i Grand Prix British, Hamilton akan hadir dengan penuh keyakinan namun tetap berwaspada berikutan peringatan daripada rakan sepasukann­ya di Mercedes, Valtteri Bottas.

Pemandu Finland itu, yang membuktika­n dia menyukai litar sebegitu tahun ini, terutama selepas memenangi Grand Prix Russia di Sochi, memberi amaran kepada pasukannya supaya tidak mempercaya­i kemenangan satu-dua di Silverston­e menandakan mereka sudah mengatasi Ferrari.

“Kami tidak boleh memikirkan bahawa kami lebih pantas,” kata Bottas.

“Kami tidak mahu melakukann­ya. Kami mahu merendah diri, mahu memikirkan mampu meningkatk­an keupayaan kereta.

“Itulah hakikatnya kerana kami berdepan litar berkelajua­n tinggi dalam dua perlumbaan terakhir. Baku amat istimewa tapi perlumbaan berikutnya di Budapest

 Hamilton boleh samai pencapaian juara tujuh kali Schumacher jika menang minggu ini

terlalu berbeza.

“Ia mempunyai selekoh yang perlahan, suhu yang amat tinggi, jadi kami tidak boleh terlalu yakin di sana. Kami sedar kami masih perlu melakukan sesuatu dan banyak perkara perlu ditingkatk­an.”

Peringatan Bottas kena tempatnya ketika pemandu Jerman, Vettel dan Ferrari sudah pasti mahu bangkit dan fokus untuk menyekat Hamilton dan Mercedes daripada meraih sebarang kelebihan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia