Harian Metro

Morris wira AS J

- AFP Santa Clara, AS

 Jaringanny­a bantu pasukan capai kemenangan 2-1, sekaligus julang trofi Piala Emas

aringan lewat Jordan Morris membantu Amerika Syarikat (AS) menang 2-1 ke atas Jamaica pada final Piala Emas Concacaf, semalam.

AS merangkul kejuaraan Piala Emas keenam mereka, kurang satu daripada rekod tujuh kejuaraan Mexico pada kejohanan serantau bagi Amerika Utara dan Tengah serta Caribbean itu.

Morris melengkapk­an kemenangan dengan penuh dramatik pada minit ke-89.

Kesilapan benteng Jamaica mengeluark­an bola dari kawasan bahaya membolehka­n pemain gantian AS, Clint Dempsey melorongka­n bola ke kotak penalti dan Morris merembat kencang melepasi penjaga gol Jamaica, Dwayne Miller.

Sepakan percuma menakjubka­n Jozy Altidore meletakkan AS di depan pada minit ke-45 namun pemain Jamaica, Je-Vaughn Watson menyamakan kedudukan pada minit ke-50 ketika pasukan bukan pilihan Jamaica cuba memberikan saingan sengit kepada AS. Jamaica beraksi final Piala Emas kedua berturut-turut mereka selepas kecundang kepada Mexico pada 2015.

Ketika itu mereka menyingkir­kan AS pada separuh akhir namun tahun ini giliran Mexico menjadi mangsa mereka.

Namun sekali lagi mereka gagal memecah kebuntuan dan menamatkan penguasaan Amerika Utara dalam kejohanan itu.

Sejak Piala Emas diperkenal­kan, Mexico dan AS memenangi hampir semua edisi kecuali satu apabila Kanada muncul juara pada 2000.

“Ini terlalu bermakna,” ujar penjaga gol AS berusia 38 tahun, Tim Howard.

“Apabila anda semakin meningkat usia dan layak ke final, terlalu banyak tekanan untuk menang kerana saya tidak tahu peluang saya untuk beraksi pada final selepas ini.”

 ??  ?? MORRIS (kiri) dikawal pemain Jamaica Je-Vaughn Watson sebelum menjaringk­an gol kemenangan AS.
MORRIS (kiri) dikawal pemain Jamaica Je-Vaughn Watson sebelum menjaringk­an gol kemenangan AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia