Harian Metro

PUAS HATI UJI DUA KELAB TERBAIK

- AFP

 Aksi jelajah berdepan Real Madrid, Barcelona bantu persiapan United hadapi Liga Perdana

Washington

Perlawanan pramusim menentang pasukan dipenuhi bintang Real Madrid dan Barcelona satu persiapan baik bagi menghadapi Liga Perdana Inggeris sekalipun ia menggambar­kan kekuatan dua kelab gergasi Sepanyol itu, menurut jurulatih Manchester United, Jose Mourinho semalam.

Menerusi gol tunggal penyerang Brazil, Neymar pada minit ke-31, Barcelona menewaskan Manchester United 1-0 semalam, mencetus kekalahan pertama Red Devils dalam jelajah Amerika Syarikat.

Ia hadir berikutan kemenangan menerusi penentuan penalti ke atas Real Madrid selepas seri 1-1 pada aksi persahabat­an Piala Juara-Juara Antarabang­sa.

Dari segi bakat, Mourinho menyedari dan mengakui Real Madrid dan Barcelona mempunyai kelebihan.

“Saya fikir ketika ini, pemain terbaik adalah di dua kelab ini,” katanya. “Anda perlu menerimany­a sebagai satu realiti. Bagi kami bermain menentang kedua-duanya pada aksi pramusim tanpa sebarang tekanan amat bagus.

“Kedua-duanya menurunkan pasukan terbaik mereka, ia bagus buat kami untuk menilai tahap menentang mereka,” katanya namun menambah: “Hanya ada seorang (Lionel) Messi. Hanya ada seorang Neymar.

“Anda boleh bekerja keras secara taktikal untuk cuba meningkatk­an tahap pasukan anda, tapi pemain ini amat istimewa. Sekalipun sebagai lawan di bangku simpanan, hebat menyaksika­n pegangan bola mereka,” katanya.

Di mata

Mourinho, hanya pemain Perancis, Paul Pogba dalam skuad United

“membuktika­n dia berada di tahap itu.”

Bagaimanap­un, Mourinho menyatakan beliau meninggalk­an AS penuh yakin pasukannya mempunyai kualiti diperlukan untuk berjaya dalam kempen Liga Perdana tidak lama lagi.

“Kami lebih suka membanding­kan dengan pasukan yang kami temui dalam Liga Perdana. Kami juga lebih bersedia bagi pertanding­an yang amat sukar, pertanding­an dengan gaya dan pemain berbeza,” ujarnya.

 ?? Jose Mourinho ?? MESSI Kedua-duanya menurunkan pasukan terbaik mereka, ia bagus buat kami untuk menilai tahap menentang mereka” PENYERANG United Pogba (kanan) berebut bola dengan Neymar ketika aksi persahabat­an pramusim di Amerika Syarikat, semalam.
MOURINHO
Jose Mourinho MESSI Kedua-duanya menurunkan pasukan terbaik mereka, ia bagus buat kami untuk menilai tahap menentang mereka” PENYERANG United Pogba (kanan) berebut bola dengan Neymar ketika aksi persahabat­an pramusim di Amerika Syarikat, semalam. MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia