Harian Metro

Hart pindah kelab demi Three Lions

-

London: Penjaga gol Joe Hart

menyatakan perpindaha­n secara pinjaman ke West Ham dari Manchester City adalah kerana mahu kerap beraksi di peringkat kelab bagi memastikan dia menjadi pilihan utama skuad England.

Pemain berusia 30 tahun itu, yang memiliki 71 caps dan melakukan 348 penampilan bersama City, jelas sudah tidak diperlukan oleh pengurus Pep Guardiola dan menghabisk­an musim lalu secara pinjaman di Torino.

“Saya katakan sebelum ini, pasti tiada peluang buat saya beraksi untuk England tanpa bermain dengan mana-mana kelab,” kata Hart. “Untuk bermain dengan pasukan kebangsaan anda perlu beraksi, terutama bagi pasukan berkualiti seperti England.

“Ia sebahagian daripada satu proses sukar, tapi ia satu karier yang pendek dan saya sayangkan bola sepak. Saya tidak berpeluang untuk bermain di kelab sebelum ini jadi tiada gunanya kekal di sana.

“Saya mahu bermain dengan pasukan yang mahukan saya, mahu saya bermain dan saya mahu membalas jasa mereka.”

Hart menyatakan dia lebih sukakan perjanjian kekal namun menegaskan dia tetap komited terhadap setiap pasukan yang diwakiliny­a tidak kira apa situasi kontraknya.

“Ia sesuatu yang sukar buat saya. Saya lebih suka kekal di satu kelab, tapi ia tidak terjadi, saya terpaksa keluar secara pinjaman sekali lagi yang tidak sukar buat saya kerana saya akan memberikan komitmen 100 peratus di mana saja saya berada,” kata Hart.

“Saya komited 150 peratus terhadap West Ham, mereka satu-satunya pasukan buat saya. Hanya West Ham dan pasukan kebangsaan dalam pertimbang­an saya musim ini.” - Reuters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia