Harian Metro

Risiko rombak pasukan

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Shebby tuntut Kim Swee lebih waspada, usah jejas keharmonia­n pemain

Bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh menasihatk­an jurulatih skuad bawah 22 tahun B-22) Datuk

Ong Kim Swee supaya berhati-hati andai mahu melakukan rombakan pasukannya bagi menghadapi Sukan

SEA 2017 Kuala Lumpur bulan depan.

Ini kerana, beliau bimbang pertukaran pemain kemungkina­n boleh menjejaska­n keharmonia­n pasukan itu yang menjadi antara faktor penting ketika melakar sejarah melepasi kelayakan Kejohanan Konfe- derasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok minggu lalu.

“Mungkin jurulatih (Kim Swee) mahu melakukan pertukaran dengan membawa masuk pemain lain, termasuk enam pemain yang tidak melaporkan diri sebelum ini.

“Pada saya, pemain sedia ada perlu dikekalkan kerana dengan masa singkat, sangat berisiko untuk membuat perubahan.

“Pada saya keharmonia­n penting dalam pasukan, jika muka baru dibawa masuk, maka akan ada pemain lama yang dibawa keluar. Keharmonia­n dan semangat berpasukan itu lebih penting daripada kehebatan individu.

“Bagaimanap­un terpulang kepada Kim Swee untuk mencorak pasukannya kerana saya percaya beliau akan melakukan yang terbaik untuk pasukan,” katanya yang mesra disapa Shebby.

Selepas mara ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di

China tahun depan,

Kim Swee perlu mempersiap­kan pasukan bagi satu lagi misi penting - Sukan

SEA bulan depan.

Beliau sebelum ini menyatakan pintu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana pemain yang menunjukka­n prestasi baik termasuk enam pemain Safawi Rasid dan Haziq Nadzli dari Johor Darul Ta’zim (Johor DT), S Kumaahran dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) dan Matthew Davies dan Nor Azam Azih (Pahang) yang tidak mendapat pelepasan ke Bangkok.

“Memang tak dinafikan pemain itu bagus, tapi ada kalanya kita kena ketepikan kehebatan individu bagi keharmonia­n pasukan.

“Lihat apa yang berlaku dalam pasukan Perancis pada zaman Raymond Domenech apabila kerap berlaku pergolakan dalaman dengan pemain keluar masuk.

“Mungkin untuk Sukan SEA tidak perlu banyak perubahan. Bagi kejohanan di China nanti, bila mereka ini masih lagi dalam prestasi terbaik, baru boleh panggil semula,” katanya.

 ?? Serbegeth Singh ?? Pada saya keharmonia­n penting dalam pasukan, jika muka baru dibawa masuk, maka akan ada pemain lama yang dibawa keluar. Keharmonia­n dan semangat berpasukan itu lebih penting daripada kehebatan individu” KIM Swee (kanan) perlu lebih berhati-hati...
Serbegeth Singh Pada saya keharmonia­n penting dalam pasukan, jika muka baru dibawa masuk, maka akan ada pemain lama yang dibawa keluar. Keharmonia­n dan semangat berpasukan itu lebih penting daripada kehebatan individu” KIM Swee (kanan) perlu lebih berhati-hati...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia